Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin
Friday, December 23, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Tips Cinta Untuk Kebahagiaan
Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
- Pembentukan peribadi Muslim
- Pembinaan rumahtangga Muslim
- Membimbing masyarakat menuju Ilahi
- Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
- Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
- Penguasaan alam
(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex).
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait Muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.
Kedua-dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
- Bersikap baik dan lembut dengan isteri
- Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
- Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
- Bersabar terhadap karenah isteri
- Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
- Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
- Membantu tugas-tugas isteri di rumah
- Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
- Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
- Tidak bermesra dengan wanita lain
- Menjaga rahsia isteri
- Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
- Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
- Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
- Segera memenuhi permintaan suami
- Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
- Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
- Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
- Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
- Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
- Membantu urusan perjuangannya
- Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
- Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
- Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
- Menghormati keluarga suami
- Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
- Persefahaman
- Taawun (bekerjasama)
- Wujudkan suasana romantis
- Atasi bebanan kerja
- Kepuasan seks
- Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
- Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
- Menghayati amal Islami
- Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga
Subscribe to:
Posts (Atom)