Monday, September 23, 2013

My 2nd baby

Assalamualaikum,

hi..rasa mcm tersangat lama x berbloging kat sini..mcm2 perkara baru yg da lama x share...

1st skali mesti la nak share pasal my 2nd baby..dah 3 bln dah pun budak bobok tu..He was named Muhammad Qhalief Kazeem bin Saiful Azhar..He was born on 16 June 2013 at 8.15pm..

rasa mcm sekejap jer masa berlalu..dah 2 dah hero mama..i feel blessed by this precious gift from Allah SWT..Alhamdulillah..

Thursday, June 21, 2012

Qayyum @ 1yr 2mnth Old..

21 June 2012..Yeay..hari ni genap umur Qayyum 1thn 2bln..
anak mama membesar dengan sehat..
Jom tgk gambar anak bujang ni bila dah besar sikit ni..

Qayyum dah makin hensem n bergaya..

makin notty..

makin manja..budak kuat merajuk ni..

makin byk peel..

makin seksi..opsss...cover sikit perut mulat tu..:)


Alhamdulillah bersyukur sgt2 rasa bila tgk anak membesar depan mata..
Diumur 1thn 2bln ni mcm2 kerenah anak bujang ni yg mama kena hadap..
happy layan kerenah si manja ni walaupun kadang2 letih..
tp demi anak mama tersayang ni..mama sanggup buat apa jer tuk Qayyum..

Perkembangan Qayyum skrg:
- Alhamdulillah until now Qayyum masih fully breastfeed ngan mama..x pernah campur susu lain lg..
- Qayyum dah pandai jalan..dah nak berlari pun..hihihi
-makin ligat tolong mama "mengemas" rumah..
-mulut makin riuh..sometimes time happy menyanyi2..senang hati sgt la tu..
-dah faham arahan kalau mama suh buat apa2..
- pandai buli org dah
-pandai pujuk mama blk kalau kena marah..habis satu muka mama diciumnyer..
-dah pandai merajuk tonggeng2 mintak kena pujuk n angkat..
-dah pandai tiru apa jer yg org lain buat..

mama sgt tak sabar nak tunggu anak mama ni pandai ckp plak..tp nnt mesti letih nak layan suma pertanyaan dia..tp xpa,tu suma buat mama happy n melengkapkan hidup mama..

mama love Qayyum so much..

Salam Sayang

Mama Qayyum


Qayyum dah jalan:)

Assalamualaikum..

Hi..lama gler x update blog ni..asik update fb n twitter jer..hehehe..
byk perkembangan terbaru nak share..
especially pasal anak bujang yg dah makin riuh+notty+manja+bijak tu..
so lets watch new video from him:)

video
Qayyum 1st Step..masa ni umur Qayyum 11bln ++..

video
Ni masa Qayyum dah 1 tahun..dah jln laju sikit..

Hari ni Qayyum da 1thn 2 bln..jalan dah laju..dah nak berlari...
1 umah dia nak tawaf..barang2 bahaya suma dah kena letak tinggi2..

Mama n Papa sgt happy dgn telatah Qayyum skrg...
Qayyum pengarang jantung & buah hati mama skrg ni..
rasa sgt happy n bersyukur sgt dengan kurniaan yang satu ni..

Mama love Qayyum Rizqi much2..mmmuuaahhh..



Salam Sayang..
Mama Qayyum




Friday, March 23, 2012

11mth Wif Him..

Assalamualaikum,

Salam Jumaat..Alhamdulillah hari ada masa sikit tuk update blog ni..lama tak update pasal anak bujang kesayangan mama yang sorang tu...pejam celik..pejam celik dah 11 bulan dah hero mama ni..sekejap sangat masa berlalu..Yeay..next month anak mama da setahun...mama pun skrg tgh plan2 nak buat birthday Qayyum..ader masa terluang asik google tuk persiapan bday qayyum jer..hihihi..nnt mama buat theme Elmo tuk bday Qayyum ek.. dah 11 bulan ni dah mcm2 peel hero mama ni..anak mama dah makin bijak..dah makin hensem..dah makin ngada2 pun iyer jugak..hihi..kuat merajuk budak ni skrg..start 3 hari lepas anak bertuah ni buat perangai..merengek mlm2..kul 2 pg bgn merengek sampai la nak kesubuh..anak mama ni dera mama..uwwa..dah la mama tak sehat sbb selsema..tambah plak sakit kpl sbb tak cukup tdo 2 hari berturut2...tp seb bek smlm simanja ni tdo lena..smlm mama flat sgt smpi x larat nak bgn..thanks to papa qayyum sbb tlg mama smlm..hari ni Qayyum mesti mamam bubur sampai hbs ok,sbb hr ni Qayyum dapat makan bubur yg paling enak sedunia sbb papa yg masakkan tuk Qayyum..(thanks so much sayang..anyway,u look cute masa potong labu tu..hihi.. I love u much sayang..)eh lari topik plak..:P..

ok now kita layan gambar2 hero pujaan hati mama ni ek..
Qayyum pun nak bergaya ngan topi Jason Mraz papa..ader mcm Jason Mraz Jr tak?hehehe

Anak mama makin hensem la..ader mcm Chuck Bass x?

favorite Qayyum skrg..suka btul buat mulut muncung dia tu..comel la tu konon :p

Kita mesti jaga kecantikan sejak dr kecik yer puan2..hihi..mama berbedak sejuk,dia pun sebok nak juga..hihi

Perkembangan Qayyum @ 11mnth..
  • Dah ader 6btg gigi..4 btg atas,2 btg bawah..tp masaAllah,payah nyer la nak gosok gigi dia..ish..
  • Dah pandai berdiri sendiri n dah start bertapak 2 3 langkah...kena praktis lebih ni..
  • Dah pandai lambai tangan babai org kalau nak gi memana..
  • Dah pantai salam n cium tgn org..tp ikut mood..kalau mama dah siap2 pakai tudung n dukung dia..mmg dia tanak la salam org lain sbb takut org lain amik dia..takut kena tinggal la tu..
  • Suka menari n pantang dgr musik..kalau dgr nasyid pun dia akan goyang2 badan dia..
  • Dah pandai merajuk..kalau merajuk tu mula la dia konon2 lari merangkak gi bawah meja la..
  • Suka sgt mkn pasta..kalau mama buatkan pasta,dia nyer excited mcm tak mkn 5 hari tgk pasta tu..
  • n yg plg penting..at 11mnth,Qayyum still fully breastfeed ngan mama..Alhamdulillah,mama try to give the best for u yer syg..
Ok..nnt lps ni mama update gi..maybe update pasal bday Qayyum plak lps ni..babai..

Salam Sayang,
Mama Qayyum:)


Friday, December 23, 2011

Doa Dari Isteri buat suami..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku diJannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku diDuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Tuesday, December 13, 2011

Tips Cinta Untuk Kebahagiaan


Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
  1. Pembentukan peribadi Muslim
  2. Pembinaan rumahtangga Muslim
  3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
  4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
  5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
  6. Penguasaan alam
(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex).
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu  tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait Muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.
Kedua-dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
  • Membantu tugas-tugas isteri di rumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun (bekerjasama)
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Friday, October 28, 2011

Qayyum da mamam...mmm..yummy..:)

Assalamualaikum..

Hye suma..dekat sbln x update blog ni..tu r,sebok duk update blog mamalittleq jer..hehehe..so hr ni nak share pic and pengalaman Qayyum with his 1st solid food..:)..Last friday (21.oct.2011), genapla Qayyum 6 bln..tp mama tak  nak buat bubur lg that time coz mama nak tunggu sabtu tu coz mama nak experience sendri 1st time suap Qayyum mamam..lagi pun pagi tu mama n qayyum gi check up..Qayyum kena inject..mama pun kena..huhuhu..Alhamdulillah Qayyum sehat and his weight 8.5kg... Jom kita tgk pic anak bujang mama ni mamam yer...
  Ni masa 1 time mamam..hbs comot2 n buat muka pelik bila bubur nasi tu masuk mulut dia..mamam pun sikit jer..tp tetap maintain muka cute bila nmpk hp mama..tau jer mama nak capture pic dia..bijak anak mama ni..mmmuuuuuaaahhh...
Ni plak masa ptg hr 1st Qayyum mamam..senang sikit nak mamam bila duk dlm walker..pinjam walker auntie Qhaireen sbb masa ni kat umah moyang Qayyum:)..dah pandai sikit n mamam pun dah byk sikit tak mcm pagi td...good boy anak mama..

Mama kena ikut 4day rules tuk bagi Qayyum ni mkn coz Qayyum ader aczema..so kena ikut rules tu so that bole tau apa yg Qayyum alergy..

Menu mama takat ni...
1st - 4th day --bubur nasi plain (blend)
5th - 8th day - bubur nasi + Kurma + Carrot (blend)

Hari ni baru hari ke 7 Qayyum mamam..menu kedua tu Qayyum suka sgt..mkn sampai hbs 1 mangkuk...suka mama tgk..membesar dengan sehat yer anak mama..mama syg sgt anak mama yg sowang ni..

* x sabar nak tunggu 3rd menu plak..nak try bubur nasi+brocoli..hope Qayyum suka:)..